08/04/2012

SELAMAT TINGGAL CIKGU SAIDI

09 APRIL 2012 : Satu Majlis ringkas telah diadakan bersempena perpisahan cikgu Saidi yang akan bertukar ke SK Rantau Panjang sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum… Semoga keberkatan senantiasa mengiringi cikgu… Selamat tinggal Cikgu

Advertisements
20/03/2012

KEJOHANAN BOLA SEPAK PERINGKAT ZON GUAL PERIUK 19032012

JOHAN : SK GUAL PERIUK

N. JOHAN : SK GUAL TINGGI

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PESERTA DAN GURU-GURU YANG TERLIBAT.

12/10/2011

Memasang Aplikasi Quran Verses di Facebook

Aplikasi mendengar bacaan al-Quran ini sebenarnya sudah ada dalam facebook apps lebih kurang 2 tahun yang lalu. Kegilaan pengguna facebook memasang aplikasi permainan terutamanya anak-anak kita membuatkan saya tergerak hati menulis tentang aplikasi ini.

Mintalah anak kita atau anak murid kita pasang aplikasi ini dan menjadikan facebook mereka bermanfaat…

Bagi pengguna yang dah biasa menggunakan facebook apps pastinya tidak sukar melakukannya. Tetapi bagi yang tidak biasa ikuti langkah-langkah ini..

Log in ke akaun facebook anda dan ikuti langkah-langkah di bawah.

1. Klik Home

2. Klik Apps di bawah profile FB anda

3. Klik Apps directory yang terletak di bawah “Friends’ apps”

4. Taip perkataan Quran Verses di ruang “search” dan enter

5. Sila klik pada ikon Quran Verses by Blachan Lab

6. Klik “Go to App” yang terdapat di sebelah butang “Like”

7. Klik settings dan buat tetapan mengikut kegemaran anda.

8. Klik allow

9. Klik save settings

10. Klik home dan anda akan dapatipautan aplikasi Quran Verses telah muncul di panel profil anda.

atau anda boleh juga klik alamat ini Quran Verses dan ikuti langkah 6 hingga selesai.

Apps Quran Verses ini memberikan anda pilihan mendengar bacaan dari 114 orang imam terkenal seluruh dunia. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat terjemahan ayat dalam bahasa Melayu.

Sebagai tambahan, aplikasi ini telah digunakan oleh Anzur Technology di dalam page Kempen Jom Mengaji. Anda boleh klik “Like” dan manfaatkan page tersebut.

Jika komputer anda dipasang perisian Internet Download Manager (IDM) pastinya anda dapat muat turun bacaan tersebut dengan mudah… Jom kita mengaji.

12/10/2011

Pendrive Dijangkiti Virus Shortcut

Share

Jika pendrive anda dijangkiti virus ini, semua folder asal akan disembunyikan (hidden) dan folder shortcut akan muncul (seperti gambar). Fungsi unhide akan dimatikan. Jadi bagaimana anda ingin mengembalikannya…

Caranya:

Pastikan pendrive dipasang pada komputer anda.
Semak kedudukan volume pendrive anda contohnya D: , E: atau F: atau lain-lain volume
Start > Run > taip cmd
taipkan arahan attrib e:\*.* /d /s -h -r -s (huruf e dalam arahan itu mewakili drive bagi pendrive anda. Jika pendrive anda dikedudukan f sila gantikanhuruf e dengan huruf f)
Enter
Tunggu sebentar… proses ini memakan masa bergantung pada saiz penggunaan pendrive anda. Kalau pendrive yang ada lampu tu, perhatikan lampu tu sampai berhenti berkelip.
Folder yang disembunyikan akan tampil seperti biasa. Delete folder yang ada tanda shortcut.

11/10/2011

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2011

MAKLUMAN KEPADA MEREKA YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2011,
Kepada mereka yang menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia 2011 (spm) ,anda boleh download JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2011 dilink dibawah :

http://www.moe.gov.my/lp/files/spm/2011/JADUAL%20WAKTU%20SPM%202011%20FINAL.pdf

 

Jadual waktu ini adalah dalam bentuk pdf.

11/10/2011

Teks Penuh Ucapan Belanjawan 2012

RINGKASAN BELANJAWAN 2012

1. Antara tahun 2011-2020, kesemua program transformasi akan dilaksanakan di bawah Dasar Transformasi Nasional.

2. Bajet 2012 sediakan peruntukan RM232.8 bilion untuk melaksanakan semua rancangan Kerajaan.

3. RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

4. RM29.8 bilion disediakan untuk pelaburan dalam infrastruktur, perindustrian, pertanian & pembangunan luar bandar.

5. RM13.6 bilion disediakan utk sektor sosial, termasuk pendidikan & latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan msykt.

6. Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% drpd KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.

7. Tema Bajet2012 ialah “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.

8. Rolling Plan Ke-2 (RP2) bagi RMK10 akan dilaksanakan tahun ini & diperuntukkan RM98.4 bln utk tahun 2012 & 2013.

9. Projek utama RP2 termasuk Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala T’ganu & pembinaan jalan Kota Marudu-Ranau.

10. Pada 2012, Kerajaan akan peruntuk RM978 juta utk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor.

11. Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.

12. Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

13. Krjn peruntukkan RM100juta utk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) utk iktiraf rekacipta pelajar.

14. Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.

15. Buat pertama kalinya, Krjn akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 krjn.

16. RM90juta akan diberi utk penyediaan kemudahan asas Orang Asli termasuk memperluas projek bekalan air terawat.

17. 600,000 pesara krjn akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

18. Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

19. Dalam skim baru menikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.

20. Krjn akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.

21. Satu prgm khas akan diperkenalkan utk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.

22. Krjn kenang jasa polis khas &polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd stp bekas anggota serta duda & balu mereka.

23. Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian.

24. Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan dalam semangat “Rakyat Didahulukan”.

25. KAR1SMA akan memberi manfaat kpd 500,000 rakyat, dgn membantu ringankan beban sara hidup.

26. Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000.

27. Krjn akan terus melaksanakan Prgm Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.

28. Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012.

29. RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.

30. Krjn akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah.

31. Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bln utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bln utk pembangunan.

32. Hospital akan dinaiktaraf & dibina, krjn juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Msia.

33. KLGH, hospital tertua di msia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru utk rawatan pesakit luar.

34. Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

35. Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.

36. RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai.

37. Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.

38. Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor utk bantu 4 juta penduduk yg masih tinggal di kws berisiko.

39. Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

40. Kakitangan krjn akan dpt tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn.

03/10/2011

MERDEKARAYA YANG GEMILANG 22092011

44 Aneka Pilihan Juadah Hari Raya telah disediakan oleh pihak penganjur…

03/10/2011

Program Makmal Bahasa MBMMBI 2012

5 BUAH SEKOLAH DI PKG RANTAU PANJANG TELAH  TERPILIH UNTUK MENJALANKAN              …………………………………..”MBMMBI………………………………………….     YANG BERMAKSUD (MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS

Dasar MBMMBI iaitu “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada tahun 2011 bagi menggantikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2010 bertarikh 25 Januari 2010 adalah berkaitan.
Memartabatkan Bahasa Inggeris bermaksud strategi memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran (p&p) Bahasa Malaysia.
Manakala strategi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.
Sehubungan itu makmal bahasa merupakan satu pendekatan baru yang diperkenalkan di makmal komputer sekolah bagi menyokong dasar MBMMBI. Penggunaan Makmal Komputer sebagai makmal bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa dilaksanakan berasaskan perkara-perkara berikut
Menjimatkan kos perolehan baru peralatan ICT untuk Makmal Bahasa; Mengoptimumkan penggunaan makmal komputer bagi pengajaran bahasa; Menggalakkan pengunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah; Membantu guru dan murid dalam memperkasa Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.
Objektif :
Satu pendekatan dalam menambah baik kurikulum pembelajaran bahasa. Menyediakan satu medium interaktif dan menyeronokkan melibatkan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris . Individu atau kumpulan dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong P&P bahasa di dalam kelas sebenar – dapat membentuk kreativiti pelajar. Pusat setempat untuk aktiviti persatuan bahasa – mendengar tape, memainkan bahan digital, slaid & filem berkaitan.
Menggunakan makmal komputer sedia ada dengan tambahan peralatan ICT iaitu :
Head set Spliter LCD Monitor Classroom Monitoring System (perisian platform bagi
perlaksanaan p&p) Perisian Bahasa ( Bahan p&p Bahasa Inggeris dan Bahasa
Malaysia)

**CG INGIN MENGUCAPKAN SYABAS & TAHNIAH KEPADA SK GUAL TINGGI KERANA TELAH TERPILIH MENJADI SEKOLAH PERINTIS BAGI DASAR MBMMBI

25/08/2011

25082011 Majlis 3 Serangkai

23/08/2011

Majlis Berbuka Puasa 18082011

           Salam 1 Malaysia & Salam Ramadhan buat semua pembaca setia blog ini…

Pertama sekali CG mewakili pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang sudi hadir kemajlis tersebut.

Bermula dengan pegawai JPN diikuti pegawai-pegawai PPD,  pemimpin masyarakat setempat,Pengetua-Pengetua, ketiga-tiga mantan guru besar, guru-guru, para ibu bapa serta murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi serta tidak lupa kepada pemajak kantin

Majlis dimulakan dengan tazkirah &tahlil  yang ketuai oleh pegawai PPD. Setelah berbuka puasa para hadirin bersama-sama sembahyang magrib berjemaah diikuti sembahyang Isyak. Setelah Itu Para hadiri bersama-sama sembahyang terawih. Setelah selesai Terawih Majlis disambung dengan jamuan maka colek yang disedikan oleh pihak Penaja.

Sesungguhnya kehadiran tuan puan amatlah di alu-alukan oleh pihak sekolah bagi mengimarahkan lagi majlis Berbuka Puasa Tersebut.